PROGRAM CUTI SEKOLAH 2025 : KIDSVENTURE
24 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniProgram KidsVenture: BizKid Mudah Cuti Sekolah telah dianjurkan bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang dunia keusahawanan. Program ini merangkumi beberapa topik penting seperti cara memulakan perniagaan tanpa modal, pengenalan kepada Konsep 3P iaitu Pelanggan, Produk dan Perancangan, serta pengurusan kewangan secara mudah. Melalui program ini, peserta dapat mempelajari asas perniagaan secara santai dan berkesan sepanjang cuti sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: